PCIM Malaysia - Persyarikatan Muhammadiyah

PCIM Malaysia
.: Home > Sejarah

Homepage

Sejarah

PCIM Malaysia
Pimpinan Cabang Istimewa Muhammadiyah (PCIM) Malaysia yang berada di Kuala Lumpur adalah sebuah cawangan dari Persyarikatan Muhammadiyah di Indonesia yang bertujuan untuk menjalin silatutrahmi antar warga Muhammadiyah yang berada di Malaysia. PCIM Malaysia dibina pada bulan Mei 2007 dan telah dirasmikan pembinaannya oleh Ketua Umum Pimpinan Pusat Muhammadiyah Prof. Dr. Haji Din Syamsuddin di Sekolah Indonesia Kuala Lumpur (SIK) pada tarikh 31 Agustus 2007 dengan ketuanya iaitu Prof. Dr. M. Akhyar Adnan.

Prof. Dr. M. Akhyar Adnan yang ingin mengabdikan diri di dalam negeri sebagai dosen di Universitas Muhammadiyah Yogyakarta telah digantikan oleh M. Arifin Ismail, MA sebagai ketua PCIM Malaysia yang kedua. M. Arifin Ismail telah dilantik oleh Ketua Umum Pimpinan Pusat Muhammadiyah Prof. Dr. Haji Din Syamsuddin sebagai ketua PCIM Malaysia periode 2011-2013 pada hari Rabu tarikh 20 April 2011 bertempat di Dewan Orang Ramai Kampung Baru Kuala Lumpur.

PCIA Malaysia
Pimpinan Cabang Ismewa Aisyiyah (PCIA) Malaysia adalah sebuah cawangan organisasi wanita Aisyiyah, yang merupakan organisasi otonom Muhammadiyah. PCIA Malaysia telah dibina pada tarikh 16 Februari 2009 dan dirasmikan oleh Ketua Pimpinan Pusat Aisyiyah Prof Dr. Siti Chamamah Soeratno. Ketua PCIA Malaysia yang pertama adalah Yuenda Vicky Larasati, SH dan telah digantikan oleh Mimi Fitriana Z., MA.


Serah terima Ketua PCIM Malaysia
Prof. Dr. M. Akhyar Adnan (2007 - 2011) kepada Ust. M. Arifin Ismail, MA (2011 - 2013)
Kuala Lumpur, 20 April 2011



Berita

Agenda

Pengumuman

Link Website